Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

MITI Kenalkan Peraturan Baharu Bagi EV CBU

06 May 2026
MITI Kenalkan Peraturan Baharu Bagi EV CBU

Menurut laporan oleh PaulTan.org, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan peraturan baharu yang dijangka mengubah secara drastik landskap pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia.

Mulai 1 Julai 2026, semua EV import sepenuhnya (CBU) perlu memenuhi dua syarat utama iaitu nilai CIF (Cost, Insurance & Freight) minimum RM300,000, serta tahap kuasa sekurang-kurangnya 180kW (245PS). CIF tidak termasuk cukai import, cukai eksais, cukai jualan serta margin pengedar dan penjual (dealer).

Jika benar, syarat-syarat baru ini mengganti syarat lama yang berasaskan harga jualan minimum. Laporan tersebut juga tambah ini akan dikenakan secara menyeluruh kepada semua model, sama ada sedia ada atau baharu. Perubahan daripada harga jualan minimum kepada nilai CIF ini lebih ketat kerana ia terus menyasar harga asas kenderaan.

Nantikan perbincangan dan kupasan kami tentang isu ini tidak lama lagi.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis