Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

MIROS & MRANTI AKAN TEROKA PEMBANGUNAN PIAWAIAN KENDERAAN AUTONOMI DI MALAYSIA

19 Aug 2026
MIROS & MRANTI AKAN TEROKA PEMBANGUNAN PIAWAIAN KENDERAAN AUTONOMI DI MALAYSIA
1 / 3

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) telah bersama-sama dedah mereka sedang meneroka potensi kerjasama strategik dalam aspek keselamatan, pembangunan piawaian dan kawal selia bagi kenderaan autonomi (AV) di Malaysia.

Perkara tersebut disahkan melalui sebuah perkongsian di media sosial rasmi oleh pihak MIROS. Ia telah dibincangkan ketika kunjungan rasmi dan sesi perbincangan strategik ke MRANTI Innovation Park, Seri Kembangan, oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Siti Zaharah Ishak, Ketua Pengarah MIROS, baru-baru ini.

Delegasi berkenaan disambut ketua pegawai eksekutif MRANTI, Ashran Datuk Ghazi, bersama barisan pengurusan kanan organisasi tersebut. Pertemuan berkenaan membuka ruang kepada MIROS dan MRANTI untuk meneroka potensi kerjasama strategik dalam bidang keselamatan dan verifikasi kenderaan AV, termasuk perkongsian data dan bukti keselamatan.

Perkara-pekara utama yang diberikan perhatian semasa ini ialah pembangunan piawaian (standards) dan aspek kawal selia yang diperlukan untuk memupuk dan sokong pembangunan serta pelaksanaan teknologi mobiliti masa hadapan di Malaysia.

Aspek ini penting kerana penggunaan AV bukan sahaja melibatkan keupayaan teknologi sesebuah kenderaan, ia juga memerlukan sistem penilaian keselamatan, standard teknikal dan peraturan yang mampu memastikan teknologi berkenaan boleh beroperasi dengan selamat dalam persekitaran jalan raya sebenar.

Berdasarkan kenyataan oleh MIROS, perbincangan tersebut ketika ini adalah bagi meneroka potensi kerjasama strategik. Ia belum menunjukkan bahawa sebarang standard atau peraturan khusus berkaitan kenderaan AV telah dimuktamadkan.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis