Gergasi edaran dua roda dari Bukit Mertajam – MForce Bike Holdings Sdn Bhd – telah kembangkan barisan model skuter elektrik mampu-miliknya sekali lagi. Rasmi dilancar minggu lepas adalah EZI Ray 01 yang dipaparkan.Skuter ini dipacu degan nadi jenis motor elektrik dalam hab roda dengan penyejukan udara yang menghasil 2000W (2kW atau 2.7PS). MForce dakwa setup ini mampu memacu EZI Ray 01 ini pada kelajuan maksima 68km/j, manakala jarak maksima pula adalah sejauh 120KM pada kelajuan tetap 25km/h.
Walaupun penuh kelengkapan dengan ciri-ciri utama seperti brek hadapan cakera, paparan meter digital, sistem gantungan hadapan teleskopik bersama dwi penyerap hentak belakang, lampu LED depan belakang, dan juga sistem kunci digital NFC canggih, kami terpegun dengan sistem baterinya.
Di sebalik coverset skuter ini, nadi elektrik yang kami sebut tadi dikuasakan dengan pek bateri jenis asid plumbum (lead acid), bukan lithium-ion (LFP) yang kini menjadi kebiasaan. Ia juga berkapasiti 72V32Ah. Mungkin inilah sebab utama mengapa harga skuter ini sangatlah rendah.
Harga asas rasmi EZI Ray 01 ini adalah RM4,688 tanpa insurans. Akan tetapi, dengan diskaun khas MForce Cas yang sah sehingga 30 Jun tahun ini, harga tersebut direndahkan lagi ke RM2,288 sahaja. Jaminan 2-tahun atau 20,000KM termasuk sekali di sini.
Nantikan perbincangan oleh hos-hos kami dalam episod terbaru nanti tentang peranan dan penggunaan sebenar tawaran skuter elektrik ini.









