Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

MFORCE LANCAR SKUTER WMOTO NEXY+180 DAN ARIIC GOBI 250

01 Aug 2026
MFORCE LANCAR SKUTER WMOTO NEXY+180 DAN ARIIC GOBI 250
1 / 2

Mforce Bike Holdings melancarkan 2 model skuter baharu, sempena ulangtahun cawangan Smartshop di Kluang, Johor awal hari ini.

Pertama sekali, WMOTO NEXY+180 dilancarkan dengan ciri-ciri baharu seperti lampu bantuan pancaran rendah, tempat duduk berpenyandar, lampu aluan serta TPMS.

Skuter ini ditawarkan dengan harga asas RM9,288, dan ia datang dalam 4 pilihan warna baharu.

Dikuasakan enjin 174cc satu silinder dengan sistem penyejukan cecair, casisnya juga dilengkapkan dengan sistem ABS dwi-saluran, manakala ciri-ciri premium lain yang dilengkapi juga termasuk paparan meter digital TFT 6 inci dan sistem kunci pintar.

Ciri-ciri keselamatan yang menarik bagi Tekan Habis adalah lampu projektor LED, Lampu Siang (DRL) lampu kecemasan LED, sistem kawalan cengkaman (TCS), serta kamera hadapan sambungan secara terus telefon dan melalui sambungan Bluetooth bagi mengakses aplikasi Carbit Ride dan RoadCam.

Kedua adalah ARIIC GOBI 250 juga dilancarkan pada acara yang sama, dan skuter ini pula ditawarkan pada harga RM13,988, dan datang dalam tiga pilihan warna baharu.

Dari segi pacuan, model ini dikuasakan enjin 249cc yang menggunakan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI) yang dipadankan dengan  transmisi automotik CVT.

ARIIC GOBI 250 juga dilengkapi dengan paparan meter TFT, sistem kunci pintar, port pengecas USB Type-A dan Type-C, sistem kawalan cengkaman (TCS) dan sistem pantauan tekanan tayar (TPMS).

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis