Dalam tempoh seminggu lebih ini, MForce Bike Holdings Sdh Bhd telapun kembangkan lagi barisan model bagi beberapa jenama yang mereka edarkan.
Kami mula dengan jenama Keeway yang kini lihat model baharu RKR250 tersedia dalam pasaran tempatan. Diposisikan sebagai sebuah motosikal berbadan sport peringkat permulaan, ia dipacu nadi 250cc dua-silinder yang menghasil 32HP & 22.5NM. Penting sekali, tawaran ini lengkap dengan pelbagai ciri-ciri utama dan canggih yang juga termasuk sistem ABS dwi-saluran. Model ini juga ditawarkan dengan tanda harga yang cukup mampu milik – RM13,888 (asas).
Seterusnya tibalah dua tawaran motosikal jenis adventure touring dari jenama Morbidelli – T252X dan T502X. Dua-dua tiba sebagai tawaran motosikal adventure berpakej lengkap dalam segmen 250cc dan 500cc masing-masing. Selain nadi dua-silinder sebaris, dua-dua tawaran ini datang siap bersama set kotak-kotak simpanan barang penuh, port pengecas USB, paparan meter TFT, pencahayaan LED, sistem gantungan boleh laras, serta sistem ABS dwi-saluran bersama traction contrl (TCS) dan banyak lagi. Harga pun cukup marhaen juga – RM16,888 (asas, T252X) dan RM28,888 (asas, T502X).
Dari jenama Moto Morini pula tiba juga lagi satu tawaran adventure touring utama jenama tersebut – X-Cape 1200. Secara tipikal dengan mana-mana produk dari MForce, tawaran bernadi v-twin 1,187cc yang menghasil 130PS & 106NM ini juga lengkap dengan pelbagai ciri-ciri premium dan canggih – spesifikasinya setanding dengan mana-mana tawaran sama taraf dari jenama premium terkemuka – termasuk pelbagai pilihan mod-mod tunggangan. Penting sekali, tanda harganya yang ramai pasti susah menolak – dari RM51,888 (asas).
Semua tawaran-tawaran baru ini dijamin oleh MForce dengan waranti 2-tahun atau 20,000KM.

