Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

MCE Auto Hub Dilancarkan, Pelaburan RM50 Juta di Serendah

10 Jul 2026
MCE Auto Hub Dilancarkan, Pelaburan RM50 Juta di Serendah
1 / 4

MCE Holdings melancarkan MCE Auto Hub, dengan pelaburan permulaan RM50 juta ke dalam fasiliti pembuatan kenderaan termaju di UMW High Value Manufacturing Park, Serendah, minggu ini. Pelancaran bagi hab automotif seluas 8 ekar dan merupakan pelaburan jangka panjang yang mencecah RM200 juta ini disempurnakan oleh Menteri MITI, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. 

MCE, yang merupakan pengeluar komponen elektronik automotive Peringkat 1 (Tier 1) mempunyai keboleh rekabentuk, pembangunan dan pembuatan komponen elektronik seperti sensor parkir, sistem kameria, suis, lampu luaran dan dalaman automotif, pengecas tanpa wayar. pengecas EV dan sistem infotainment kereta.

MCE Auto Hub direka sebagai hab sedia Indusri 4.0, dan kini mempunyai 680 warga kerja, termasuk 90 jurutera di seluruh operasinya di Johor Bahru, Pelabuhan Kelang dan Serendah.

Pengarah Urusan MCE, Dr. Goh Kar Chun berkata syarikat itu kini memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di Malaysia, ASEAN dan juga Amerika Syarikat. 

Pelaburan ini bakal meningkatkan kapasiti kumpulan syarikat itu sebanyak dua kali ganda berbanding sekarang.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis