Awal hari ini, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah pratontonkan model utama S-Class generasi ketujuh (kod chassis: W/V223) versi ‘facelift’ terbarunya.
Pratonton ini adalah acara utama bagi pameran khas yang juga bertuju untuk meraikan ulang tahun ke-140 jenama terkemuka Jerman ini yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur berhampiran KLCC sepanjang hujung minggu ini.Beberapa buah prototaip yang digunakan untuk kembara khas merentas rantau Asia Tenggara juga hadir. Unit-unit ini bukan sahaja lengkap dengan pelbagai ciri-ciri mewah terbaru, beberapa teknologi canggih bantuan pemanduan juga tersedia dalam semua.
Disebabkan ini hanyalah pratonton, spesifikasi dan harga penuh tidak diumumkan lagi. Kami juga difahamkan MBM bakal lancarkan model S-Class terbaru ini untuk pasaran tempatan secara rasmi dalam masa terdekat.
Penting sekali, kami juga difahamkan varian-varian tertentu S-Class baharu ini akan dipasang secara tempatan (CKD) oleh MBM di kilang miliknya yang terletak di Pekan, Pahang – sama seperti versi yang ditawarkan sebelum ini.Untuk pengetahuan anda, model S-Class moden dari Mercedes-Benz sudahpun CKD di Malaysia sejak 2007 dari versi generasi W/V221 lagi.
Selain itu, acara khas yang kami sebut tadi juga tampil dengan pameran model baharu dan terkini serta jentera lumba, dan juga himpunan khas model klassik serta model prestasi tinggi AMG oleh para penggiat dan pemilik tempatan.









