Edisi sulung Malaysia Bike Show 2026 telah dirasmikan hari ini di MAEPS Serdang, berlangsung dari 29 Mei hingga 1 Jun 2026 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Malaysia Bike Show dianjurkan oleh Moonman Events dengan sokongan MARii dan MMSDA, bagi menyokong mobiliti dua roda dan pertumbuhan berterusan industri motosikal negara.
Sebanyak 72 pempamer dari 92 jenama motosikal dan aksesori menonjolkan 304 model dan varian motosikal, 12 motosikal konsep, serta 92 model masa depan. Salah satu tarikan utama adalah laluan tunggang uji sepanjang 4.2 kilometer. Selain itu, acara ini mengetangahkan keselematan tunggangan melalui Safety Riding Challenge — sebuah laluan berhalangan yang direka untuk mengasah kemahiran pengendalian motosikal pada kelajuan rendah.
Malaysia Bike Show 2026 dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Sri Tiong King Sing.





