Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) atau kini dikenali sebagai LRT Laluan Shah Alam,telah rasmi mula operasinya semalam. Lebih dua juta penduduk di sekitar jajaran barat Lembah Klang bakal menerima manfaat dari projek ini yang menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia sepanjang 37.8KM.
Rangkaian rel bandar moden itu dibangunkan khusus untuk meningkatkan kesalinghubungan sistem pengangkutan awam serta mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas yang kritikal di koridor berkenaan. Menarik sekali, semua tambang laluan ini, termasuk perkhidmatan bas dan van pengantaranya, adalah percuma selama sebulan.
Laluan ini merangkumi 20 stesen secara keseluruhan termasuk 2.5 km laluan bawah tanah. Ia bakal dikendalikan 22 unit tren tiga gerabak keluaran CRRC Zhuzhou pada kelajuan operasi maksimum 80km/ dengan kapasiti 624 penumpang.
Bagi memperkukuh hubungan perjalanan batu pertama dan terakhir (first mile and last mile), perkhidmatan 40 bas perantara juga tersedia. Ini membabitkan 13 laluan dan 323 hentian bas dengan kadar tambang RM1 yang beroperasi dari jam 6AM ke 11.30PM pada kekerapan setiap 20 minit pada waktu puncak.
perkhidmatan Rapid On-Demand juga dikendalikan untuk menyokong perkindmatan bas perantara tersebut. Operasi ini pula menggunakan 44 van berkapasiti 10 penumpang di 20 zon berbeza dengan kadar tambang RM2.
Menerusi peruntukan RM4.7 bilion dalam Belanjawan 2024, pembinaan semula lima stesen yang ditangguhkan sebelum ini – Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik – dijadualkan untuk bermula pada penghujung tahun ini.



