Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

Lebih 1,450 Kenderaan Rekreasi (RV) Didaftarkan Sehingga Kini

21 Jul 2026
Lebih 1,450 Kenderaan Rekreasi (RV) Didaftarkan Sehingga Kini

Lebih dari 1,450 kenderaan rekreasi (RV) yang termasuk motorhome, caravan dan campervan kini didaftarkan secara persendirian, menurut laporan dari Kementerian Pengangkutan (MOT).

Kenderaan ini telahpun diiktiraf sebagai kenderaan sah oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan boleh didaftar dan dilesenkan.

Kementerian Pengangkutan berkata pada minggu lepas bahawa kerajaan menyokong industri RV sebagai segment khas yang berpotensi menyumbang kepada rangkaian nilai ekonomi automotif serta sektor pelancongan domestik.

Menurut jawapan di parlimen itu, industri ini sedang berkembang dengan penyertaan dari pengendali tempatan di dalam pembuatan RV, serta kemasukan pelabur asing dalam membangunkan kilang RV di Malaysia.

RV ditakrifkan sebagai kenderaan bermotor, termasuk treler dan semi-trailer yang direka khas bagi memenuhi fungsi pengangkutan dan penempatan sementara.

Sumber: SinarDaily dan Bernama

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis