Pembuka tirai dari Hari Media bagi KL International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026) yang berlangsung di MITEC, KL hari ini datang daripada UMW Toyota Motor (UMWT) dan mereka talah pamerkan sebuah kenderaan concept yang cukup radikal.
Membuat pameran sulungnya di Malaysia dan kali kedua di rantau ASEAN, Toyota Corolla Concept ini tampil dengan visi penggayaan serta arah tuju rekaan (design) yang mungkin diadaptasi oleh Toyota bagi model Corolla generasi masa hadapan.
Secara tipikal, dengan mana-mana kenderaan konsep sebegini, tiada spesifikasi teknikal diumumkan. Tujuan sebenar konsep ini adalah untuk Toyota mengukur minat serta reaksi ramai untuk memperbaiki dan memperhalusi lagi kosep rekaan radikalnya.





