Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

KLIMS 2026 SEDIA JEMPUT PENGUNJUNG DI MITEC BULAN DEPAN

20 May 2026
KLIMS 2026 SEDIA JEMPUT PENGUNJUNG DI MITEC BULAN DEPAN
1 / 4

Awal hari ini, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) bersama rakan peganjur Qube telah dedah beberapa sorotan menarik untuk Kuala Lumpur International Mobiity Show 2026 (KLIMS 2026) dalam satu taklimat khas bagi warga media tempatan.

Acara tersebut akan berlangsung di MITEC, KL dari 12 hingga 21 Jun 2026. Pakej tiket yang ditawarkan bermula dari serendah RM11.40, manakala kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah boleh masuk secara percuma. KLIMS 2026 juga akan dibuka secara percuma pada semua pengunjung selama tiga hari – 15, 16 dan 18 Jun.

Lebih dari 16 jenama terkemuka telah sah menyerta dan akan mempamerkan pelbagai tawaran kenderaan baharu. Kami juga difahamkan sesetengah jenama-jenama ini akan mempamerkan kenderaan konsep juga. Selain pameran kenderaan, KLIMS 2026 juga akan menganjurkan pelbagai aktiviti gaya hidup bukan automotif mesra keluarga.

Untuk menyenangkan lagi pergerakan pengunjung, perkhidmatan van pengantara juga akan disediakan oleh pihak penganjur di sekurang-kurangnya 8 lokasi pengambilan berdekatan, serta perkhidmatan bas dan van pengantara dari beberapa lokasi pengambilan strategik seperti MRT Titiwangsa dan Pasar Seni.

Maklumat lebih lanjut tersedia sekarang di atas talian melalui laman web rasmi acara ini iatu klims.com.my.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis