Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

KLIMS 2026: PROTON PAMERKAN ENJIN HIBRID BAHARU!

12 Jun 2026
KLIMS 2026: PROTON PAMERKAN ENJIN HIBRID BAHARU!
1 / 4

Proton membuat kejutan di KLIMS 2026 dengan penampilan sistem hibrid yang bakal dilengkapi dalam model-model Proton dalam masa terdekat. Dengan tawaran model-model e.Mas yang berada di bawahPRO-NET, segmen ICE oleh Proton kini bakal mendapat saudara baharu dari segmen HEV.

Menurut siaran dari Proton, sistem hibrid ini menggabungkan enjin Dedicated Hybrid Engine (DHE) dengan sistem transmisi Dedicated Hybrid Transmission (DHT). Sistem ini dibangunkan bagi mengoptimumkan pemanduan bandar, pada kelajuan rendah serta situasi trafik berhenti-dan-bergerak (stop and go traffic).

Sistem ini juga membenarkan pemanduan dalam mod EV, tetapi buat masa ini tiada maklumat yang diberikan Proton mengenai kebolehan enjin ini, yang pada pendapat kami, tidak ada banyak kegunaan diluar pemanduan perlahan jika merujuk kepada model-model mampu milik lain yang menawarkan mod EV.

Persoalan kami yang utama: model apa yang akan mendapat enjin HEV ini? Nantikan kupasan kami dalam episod akan datang!

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis