Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

KLIMS 2026: PERODUA C2 CONCEPT BUAT TAMPILAN SULUNG

11 Jun 2026
KLIMS 2026: PERODUA C2 CONCEPT BUAT TAMPILAN SULUNG
1 / 4

Perodua menampilkan konsep EV terbaru syarikat itu, yang dinamakan Chapter 2 atau C2. Menurut Perodua, konsep segmen B ini yang diinspirasikan oleh generasi Alpha dan Beta ini direkabentuk oleh pereka muda dan berbakat dari syarikat itu.

Dibayangkan sebagai kereta segmen B yang dilengkapi pemanduan berasaskan kecerdasan buatan, seperti navigasi masa nyata, lokasi stesen pengecasan, dan sebagainya. Lebih penting, C2 bergabung dengan aplikasi P-Circle bagi membolehkan akses kepada perkhidmatan e-wallet dan penghantaran alat ganti.

Dari segi rekaan “styling”, kereta ini direkabentuk dengan elemen-elemen tradisional, dengan penekanan kepada “Bunga Pecah Lapan” yang dilihat di sekeliling Perodua C2 ini. Melihat ke dalam kabin C2, rekaan dalaman seolah-olah gabungan kokpit jet dan juga robotaxi yang terbaru.

“Kereta konsep C2 in mewakili masa hadapan integrasi mobiliti”, kata President dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis