Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

KLIMS 2026: MG ZS HYBRID+ CKD DIPRATONTON, TEMPAHAN KINI BUKA

11 Jun 2026
KLIMS 2026: MG ZS HYBRID+ CKD DIPRATONTON, TEMPAHAN KINI BUKA
1 / 8

MG Motor Malaysia (SAIC Motor Malaysia) telah rasmi pratonton sebuah tawaran B-SUV baharu iatu MG ZS Hybrid+.

Kini dalam generasi ke-dua, model ZS sebelum ini ditawarkan dalam versi elektrik (EV)sahaja – MG ZS EV – oleh syarikat tersebut. Pengganti generasi baharu ini melihat syarikat tersebut mengubah hala bagi model ini dengan memilih trenkuasa yang lebih ‘tradisional’ untuk pasaran tempatan.

MG Motor Malaysia dedah rancangannya untuk melancarkan versi hybrid petrol-elektrik dahulu sebelum diikuti versi enjin pembakaran (ICE) biasa selepasnya. Penting sekali, dua-dua versi juga akan dibina melalui operasi pemasangan tempatan (CKD) bersama EPMB di Pegoh, Melaka.

Dalam versi hybrid, crossover ini menggadingkan sebuah enjin 1.5-liter 4-silinder petrol bersama sebuah motor elektrik, pek bateri kompak 1.83kWj, dan transmisi CVT automatik. Secara keseluruhan, ia menghasil 196PS & 564Nm bagi membolehkan pecutan 0-100km/j dalam 8.7 saat dan kecekapan bahan api serendah 5.1 liter/100KM.

Dari segi kelengkapan, pakej sistem bantuan pemanduan (ADAS) MG Pilot 2.5, fungsi pintar kawal jauh melalui aplikasi MG iSmart, paparan meter digital, dan paparan infotainment skrin sentuh 12.3-inci, adalah antara sorotan utama di sini.

Tempahan untuknya kini sudah buka dengan yuran tempahan serendah RM99, manakala pembeli terawal akan juga menikmati rebat RM3,000 dan pakej servis percuma 3-tahun. MG Motor Malaysia berkata spesifikasi penuh akan diumumkan sejurus sebelum pelancaran rasminnya tidak lama lagi.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis