Ya, liputan kami dari KL International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026) berterusan lagi. Memang cukup banyak produk-produk baharu dipamerkan sepanjang ekspo ini di MITEC, KL yang akan berlangsung sehingga Jun 21.
Kini kami alih perhatian kembali ke MG Motor Malaysia (SAIC Motor Malaysia) dan, selain pratonton MG ZS Hybrid+ CKD, syarikat tersebut juga sempat mempamerkan model IM6 EV dari sub-jenama premium baharunya yang dikenali sebgai ‘IM Motors’.
Menurut MG Motor Malaysia, sub-jenama IM Motors bakal dilancar dalam pasaran Malaysia sekita suku ketiga tahun ini. Tidak seperti di pasaran China, tawaran IM akan dipasarkan sini di bawah payung jenama MG, dan model-modelnya akan dikenali sebagain MG IM – strategi ini sudah digunakan SAIC Motor di Thailand and Australia.
Model IM6 EV yang dipratontonkan di KLIMS 2026 adalah varian Performance AWD, dan ia dilengkapi setup dwi-motor yang menghasil 787PS & 802Nm unutk memacu semua rodanya bagi membolehkan pecutan 0-100km/j dalam 3.48 saat. Setup ini dikuasai pek bateri jenis NMC yang berkapasiti agak besar – 100kWj.
Selain prestasi tinggi, MG IM6 Performance AWD ini juga menjanjikan jarak gerak maksima WLTP sejauh 505KM, serta sokongan pengecasan AC biasa setinggi 22kW dan pengecasan DC pantas setinggi 396kW yang membolehkan pengecasan semula 10-80% hanya dalam masa 20 minit.
Secara tipikal, varian prestasi tinggi ini diberi beberapa kelengkapan menarik seperti sistem brek Continental siap dengan hiasan warna angkup (caliper) jingga, rim aloi 21-inci, dan juga sistem steering semua roda (AWS).
Selain varian Performance AWD ini, model IM6 EV ini juga tersedia dalam varian lebih fokuskan pada kemewahan dan kecekapan tenaga. Anda boleh tinjau tawaran ini di KLIMS 2026 minggu ini sebelum ia rasmi dilancarkan lewat tahun ini...









