Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

KLIMS 2026: KSM PAMERKAN KIA K4 SALOON

11 Jun 2026
KLIMS 2026: KSM PAMERKAN KIA K4 SALOON
1 / 5

Satu kejutan di KLIMS 2026 hari ini datang daripada Kia Sales Malaysia (KSM) di mana jenama Korea tersebut mempamerkan Kia K4 Saloon.

Pengganti model Cerato/Forte ini juga berdiri sebagai pesaing rapat kepada tawaran sedan segmen-C seperti Honda Civic serta Toyota Corolla. Apa yang membezakan tawaran Kia ini adalah rekaan yang cukup radikal dan tajamnya.

Di pasaran luar, Kia K4 tersedia dalam tiga varian, tetapi yang tampil di KLIMS 2026 adalah versi GT-Line – varian tertinggi sekali. Ia dilengkapi nadi 1.6-liter 4-silinder turbo dengan suntikan terus (direct injection) yang menghasil 193PS & 265Nm, dan ia dipadankan dengan transmisi 8-kelajuan automatik.

KSM tidak membuka unit pameran K4 ini di KLIMS 2026, jadi kami tidak dapat lihat dalamannya. Berdasarkan spesifikasi pasaran luar, kabin sedan ini dilengkapi paparan meter digital 12.3-inci, skrin sentuh infotainmen 12.3-inci dan paparan 5-inci khas bagi sistem penyaman udara dwi-zona.

Ciri-ciri lain yang tersedia dalam kabin termasuk pad pengecas wireless, tempat duduk hadapan dengan fungsi pengudaraan, tempat duduk belakang dengan fungsi lipatan 60:40, dan sambungan Apple CarPlay serta Android Auto. Bagi varian GT-Line ini juga, ia dilengkapi roda 18-inci bergaya juga.

Buat masa kini, KSM tidak umum sebarang perancangan untuk melancar model ini untuk pasaran tempatan. Akan tetapi, ini mungkin menjadi satu realiti jika sambutan, terutamanya semasa pameran KLIMS 2026, cukup memberangsangkan.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis