Pembekal penyelesaian pengecasan EV, KINETA menyambung perjanjian pembekalan eksklusif selama 3 tahun lagi bersama ZD Energy, di KLIMS 2026 semalam.
KINETA dan ZD Energy telah bekerjasama dalam membangunkan penggunaan EV, dengan penjualan 14,000 dan 9,500 pemasangan pengecas EV bagi pelbagai jenama termasuk BMW, MINI, BYD, Jaguar Land Rover, Hyundai, Porsche, Volvo, Proton e.MAS (PRO-NET), Tesla, iCaur, Zeekr dan GWM, sejak perjanjian ini mula dimeterai pada tahun 2022.
KINETA juga bakal memulakan fasa seterusnya di Singapura, dan menyambung operasi di Malaysia, Hong Kong dan China.
Majlis perasmian ini juga melihat pengenalan kepada generasi produk baharu dari ZD Energy, termasuk model.
Mini Z, Explorer 2 Flex, Explorer 2 Pro - yang akan menawarkan teknologi pengecasan yang lebih pintar dan fleksibel bagi pengguna komersil dan persendirian bagi memenuhi keperluan pengguna EV dan operator flit.


