Selain pameran model Kia K4 yang bakal dilancar dalam pasaran tempatan, Kia Sales Malaysia (KSM) juga mengambil kesempatan di KLIMS 2026 untuk mempamerkan tiga model elektrik penuh (EV) – EV4, EV5 dan PV5.
Pameran ketiga-tiga model ini dilihat sebagai satu langkah penilaian oleh KSM tentang potensi mereka dalam pasaran tempatan. Buat masa kini, KSM tidak umumkan sebarang perancangan kukuh bagi ketiga-tiga model ini.
Model EV4 yang tampil di KLIMS 2026 adalah varian sedan yang dikuasai satu motor elektrik hadapan yang menjana 204PS & 283Nm, dan motor tersebut dikuasai pilihan pek bateri NMC 58.3kWj atau 81.4kWj yang masing-masing membolehkan jarak gerak maksima WLTP sejauh 430KM dan 630KM.
Bagi EV5 pula, model EV SUV ini tersedia dalam versi satu dan dwi-motor yang masing-masing menghasil 218PS & 310Nm atau 313PS & 480Nm. Ia juga tersedia dengan pilihan pek bateri jenis NMC atau LFP bergantung pada pasaran yang membolehkan jarak gerak maksima WLTP antara 400KM hingga ke 555KM.
Beralih ke PV5 pula, van elektrik penuh saiz besar serba boleh ini tampil dalam versi van penumpang (Passenger) di KLIMS 2026. Ia juga tersedia dalam beberapa konfigurasi bateri dan trenkuasa yang membolehkan jarak gerak WLTP sejauh 412KM. Menarik sekali, van EV ini juga dilenkapi pakej ADAS Tahap 2.
Anda boleh meninjau ketiga-tiga model EV ini di KLIMS 2026 yang masih berlangsung sepanjang minggu ini di MITEC, KL sehingga Jun 21.









