Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

KLIMS 2026: 2026 SUZUKI SV-7GX DIPRATONTON

19 Jun 2026
KLIMS 2026: 2026 SUZUKI SV-7GX DIPRATONTON
1 / 8

Sebagai satu-satunya peserta dua roda yang tampil di KLIMS 2026, Suzuki Malaysia Sdn Bhd – anak syarikat AFY Mobility Indutries (AMI) – mengambil kesempatan untuk pratontonkan 2026 Suzuki SV-7GX.

 Model adventure touring saiz pertengahan ini sebenarnya berasaskan model SV650 yang kini sudah akhir pengeluaran. Fakta ini nyata daripada kerangka (cassis) asas dan nadi jenis v-twin 90-darjah 645cc yang digunakan model baharu ini.

Harga jualan, mahupun tarikh pelancaran rasmi tidak diumumkan, tetapi kami difahamkan Suzuki Malaysia (AMI) sedang bersiap sedia untuk berbuat demikian tidak lama lagi.

Kelengkapan utama bagi tawaran motosikal adventure touring ini  termasuk sistem brek ABS dwi-saluran, pencahayaan LED penuh, tangki bahan api 17.4 liter, penghadang angin boleh laras tiga tahap, panel meter warna TFT 4.2-inci, an banyak lagi.

Apa yang pasti, pemeran model Suzuki SV-7GX ini yang membuat penampilan sulung global pada akhir tahun lepas di KLIMS 2026 menandakan betapa hangat dan kompetitif bagi segmen ini dalam pasaran tempatan.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis