Kembali ke laman Tekan Habis
UMUM

KIA OWNERSHIP EXPERIECE BERLANGSUNG DARI 11 - 17 MEI

13 May 2026
KIA OWNERSHIP EXPERIECE BERLANGSUNG DARI 11 - 17 MEI
1 / 4

Selepas mengambil alih pengemudian jenama Kia pada bulan Januari lalu, Kia Sales Malaysia mengambil inisiatif pertama berfokuskan pengalaman pemilikan - menerusi program Kia Ownership Experience yang berlangsung dari 11 hingga 17 Mei di Pusat 3S Utama Kia Glenmarie.

Warga media diberikan taklimat khas tentang pendekatan terbaru syarikat itu dalam menawan semula kepercayaan pemilik Kia yang telah bertapak di negara ini selama tiga dekad.

Pengarah urusan KSM, Emily Lek juga menerangkan proses yang akan dialami oleh setiap pelanggan yang masuk ke pusat servis Kia, yang dipanggil Proses 10-Langkah Kia. Pada masa yang sama, beliau menerangkan strategi lepas jualan Kia yang merangkumi penambahbaikan proses dan pengurusan pengedar, dan juga kemunculan sistem tempahan temujanji servis secara atas talian.

“Fokus pemilikan kami di Kia Sales Malaysia adalah untuk memperkukuh operasi pengedar, menawarkan nilai terbaik dari segi kos pemilikan, serta memastikan bekalan alat ganti yang mencukupi menerusi gudang alat ganti khusus kami seluas hampir 35,000 kaki persegi bagi meningkatkan kecekapan servis dan mempercepatkan tempoh penyelesaian", kata Emily

Paling menarik, acara ini diketuai oleh Hyung Gyu Choi (H.G. Choi), Pengurus Kanan Teknikal bagi pasukan Operasi Pemilikan Kia, yang telah berada di Kia sejak 1993 dan memiliki pengalaman tahap global dalam perkhidmatan selepas jualan serta teknikal melebihi 34 tahun. Pasukan teknikal KSM akan memeriksa model-model Kia terdahulu, termasuk Forte, Cerato, Optima, Picanto, Sorento, Grand Carnival, Sportage dan Sephia,

KSM juga memperkenalkan Pelan Penyelenggaraan Kia (Kia Maintenance Plan) pertama, membolehkan pelanggan membuat  pembayaran awal sehingga 5 tahun untuk bagi pemilikan jangka panjang yang lebih baik.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis