Baru-baru ini, kerajaan telah umum penambahbaikan bantuan diesel susulan tekanan berterusan dalam pasaran tenaga global.
Ini termasuk Insentif Pembajakan kepada Pesawah (IPKP) bagi musim penanaman 2026 dinaikkan daripada RM160 kepada RM300 sehektar, serta pengekalan insentif penuaian sebanyak RM50 sehektar semusim.
Selain itu, bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Diesel Individu dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 sebulan bagi April 2026. Pembayaran akan mula disalurkan pada 21 April 2026.
Secara keseluruhan, Kementerian Kewangan (MOF) dijangka menanggung subsidi sekitar RM7 bilion bagi bulan April 2026. Ini termasuk tambahan RM75 juta untuk pelaksanaan langkah bantuan ini.

