Kembali ke laman Tekan Habis
UMUM

KEMPEN KHAS MFORCE CAS BERI REBAT RM2,400 UNTUK MOTOSIKAL EV

02 Apr 2026
KEMPEN KHAS MFORCE CAS BERI REBAT RM2,400 UNTUK MOTOSIKAL EV
Walaupun program subsidi khas pembelian motosikal elektrik (EV) MARiiCAS sudahpun tamat, memang nyata masih ada ramai rakyat Malaysia yang inginkan pembukaan semula program tersebut dibuka semula.

Kami rasa ini, dan juga jumlah tawaran motosikal EV yang tersedia oleh MForce Bike Holdings Sdn Bhd, telah mendorong syarikat tersebut untuk umumkan program MForceCas terbaru ini yang, pada asasnya, hampir serupa seakan MARiiCas.
Melalui inisiatif ini yang dilaksanakan mulai 1 April 2026 hingga 30 Jun 2026, MForce sedia menawarkan rebat khas sehingga RM2,400 buat pelanggan yang membeli mana-mana model motosikal EV buatan jenama-jenama syarikat gergasi dua-roda ini edarkan seperti EZI, Zeeho, Yadea, serta QJMotor.

Melalui siaran akhbar rasminya, MForce berkata program ini bukan sahaja diperkenalkan selaras dengan keperluan semasa, ia juga bertujuan untuk memastikan manfaat penggunaan motosikal EV dapat dinikmati secara meluas.
Daripada apa kami boleh serap, proses permohonan MForceCas adalah percuma di atas talian melalui laman sesawang rasmi syarikat itu, dan is horrddepat – tempoh proses kelulusan 24 jam dijanjikan.

Anda boleh lihat syarat and langkah peromohonan MForceCas melalui imej yang tersedia.
Klik video di bawah untuk tonton komentar kami dalam episod penuh Tekan Habis
Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis