Kembali ke laman Tekan Habis
UMUM

KADAR KOMPAUN KESALAHAN JALAN RAYA NAIK MENJELANG 2029

25 Jun 2026
KADAR KOMPAUN KESALAHAN JALAN RAYA NAIK MENJELANG 2029
1 / 4

Kerajaan Malaysia sedang bincang cadangan untuk  menguatkuasakan kadar maksimum kompaun baru dari RM300 kepada RM500 bagi kesalahan jalan raya bermula dari 1 Januari 2029.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata langkah ini selaras pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), dan bertuju meningkatkan pematuhan, bukan membebankan rakyat atau menambah pendapatan kerajaan. Jika diluluskan, pelaksanaan tidak akan dilakukan serta-merta. Kerajaan akan beri tempoh dua tahun untuk persediaan awam dan penyesuaian sistem.

"Peningkatan daripada RM300 kepada RM500 tidak bermaksud semua pesalah akan dikenakan kompaun RM500 secara automatik. Bagi kesalahan yang boleh dikompaun, pindaan ini menaikkan had maksimum tawaran kompaun,” kata Loke lagi.

Dalam masa yang sama, Loke juga jelaskan bahawa tidak b semua pesalah akan dikenakan kompaun RM500 secara automatik. Bagi kesalahan yang boleh dikompaun, pindaan ini menaikkan had maksimum tawaran kompaun.

“Kesalahan sama, tetapi hukuman disemak semula supaya kekal relevan dan mempunyai kesan pencegahan lebih berkesan," katanya lagi setelah membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 peringkat bacaan kali kedua di Dewan Rakyat awal minggu ini.

di bawah Akta yang dipinda, jabatan pengangkutan jalan bersedia untuk menstruktur semula kadar kompaun bagi lebih 700 kesalahan yang boleh dikompaun. Kesalahan khusus yang akan terlibat dalam kenaikan kadar kompaun ini termasuk:

- Memandu tanpa cukai jalan (LKM)

- Memandu tanpa lesen memandu (CDL) yang sah

- Memandu melebihi had laju

- Kegagalan mematuhi lampu isyarat/papan tanda jalan

- Kegagalan memaparkan nombor pendaftaran kenderaan

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis