Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

JUALAN SEPARA 2026 UMW TOYATA CECAH 36,200 UNIT

10 Jul 2026
JUALAN SEPARA 2026 UMW TOYATA CECAH 36,200 UNIT
1 / 5

Melalui siaran akhbar rasmi, syarikat pengeluar kenderaan UMW Toyota Motor (UMWT) telah umum bahawa jualan separa tahunnya setakat ini telah capai jumlah melebih 36,200 unit.

Angka tersebut susul selepas UMWT rekodkan jualan sebanyak 7,300 unit kenderaan bagi bulan Jun 2026.

UMWT tidak mendedahkan pecahan jualannya, tetapi syarikat tersebut menegaskan bahawa angka yang disebut tadi didorongkan strategi pelbagai arah (multi-pathway strategy) yang ia telah laksanakan sejak beberapa tahun yang lepas.

Melalui strategi tersebut, UMWT berkata ia sedia memberi beberapa pilihan teknologi trenkuasa yang cukup lestari pada semua pembeli tempatan. Ini nyata dengan kewujudan barisan model-model terkini yang berenjin petrol dan diesel (ICE), hibrid petrol-elektrik (HEV), serta model-model elektrik penuh (BEV) .

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis