Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

JUALAN SEPARA 2026 PROTON CECAH 100,000 UNIT

08 Jul 2026
JUALAN SEPARA 2026 PROTON CECAH 100,000 UNIT
1 / 4

Melalui siaran akhbar rasmi yang dikeluarkan baru baru ini, syarikat automotif nasional Proton telah umum jualannya bagi separa tahunnya bagi 2026 telah mencecah 100,000 unit.

16,052 unit jualan direkodkan pada bulan Jun 2026, manakala jumlah jualan jenama nasional tersebut untuk 6 bulan pertama tahun ini telah mencapai 100,346 unit.

Selain pertumbuhan 39.1% berbanding prestasi tempoh sama tahun lepas, angka ini juga menandakan prestasi jualan separa tahun terbaik Proton sejak 2011. Proton juga yakin ia mampu menjual sekurang-kurangnya 200,000 unit menjelang akhir tahun ini.

Model Saga tetap sebagai penyumbang utama. Sebanyak 7,000 unit diserah pada bulan Jun sahaja, manakala jumlah jualan separa tahunnya pula telah mencecah 44,375 unit untuk merekod peningkatan sebanyak 40% berbanding tempoh sama tahun lepas.

Tawaran S70 pula kekal sebagai model sedan segmen-C paling laris di Malaysia dengan jumlah jualan separa tahunnya sebanyak 12,832 unit. Jualan model ini juga naik sebanyak 37.3% berbanding jualannya pada tempoh sama tahun lepas.

Kekal sebagai model SUV segmen-B terlaris di Malaysia, jualan model Proton X50 pula telah capai 15,345 unit buat separa tahun ini. Angka tersebut menandakan peningkatan sebanyak 35.1% berbanding tempoh sama tahun lepas.

Jualan bagi model X90 pula yang berjumlah 388 unit juga menandakan kenaikan 50% berbanding tahun lalu.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis