PRO-NET menyatakan bahawa jualan di bawah syarikat itu telah mencapai 20,000 unit dalam tempoh 7 bulan pertama tahun 2026.
Bagi separuh pertama 2026 pula, PRO-NET memegang 42.6% pasaran kenderaan elektrik (EV) dan 41.8 pasaran xEV, menurut siaran media dari syarikat itu semalam.
“Setiap pencapaian bermula dengan satu kepercayaan daripada pelanggan kami. Kejayaan Proton e.MAS melepasi 20,000 jualan kenderaan dalam tempoh kurang tujuh bulan tidak akan tercapai tanpa keyakinan, sokongan dan kepercayaan berterusan daripada rakyat Malaysia yang telah memilih Proton e.MAS”, kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.
Siaran itu juga menyatakan Proton e.MAS 7 kekal sebagai model terlaris bagi jenama ini, dengan 15.8% daripada jumlah keseluruhan jualan segmen SUV elektrik, manakala Proton e.MAS 5 memegaing 60.9% segmen hatchback EV, susulan peningkatan penerimaan mobiliti elektrik di dalam pasaran.
