Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

JETOUR T1 RASMI DILANCAR – CKD, 2 VARIAN, DARI RM129,800

22 Jul 2026
JETOUR T1 RASMI DILANCAR – CKD, 2 VARIAN, DARI RM129,800
1 / 15

Setelah dipratontonkan beberapa bulan lepas di Penang Autoshow 2026, model SUV premium bergaya lasak terbaru dari Jetour Auto Malaysia – Jetour T1 – telah rasmi dilancar awal hari ini.

Dipasang secara tempatan (CKD), dua varian tersedia, iaitu 1.5 TGDi 2WD dan 2.0 TGDi XWD. Masing-masing ditawarkan dengan harga RM129,800 dan RM146,800. Tempahan kini buka melalui 43 cawangan pusat jualan rasmi khas Jetour di seluruh negara.

Termasuk sekali adalah jaminan waranti kenderaan asas 7-tahun atau 150,000KM, jaminan waranti tren kuasa (enjin) selama 10-tahun atau 1,000,000KM, serta pakej kos buruh dan alat ganti servis percuma sebanyak 5 kali.

Menarik sekali, bagi pembeli terawal 2,000 unit pertama, sebuah rebat khas sebanyak RM2,000 dan skim pembiayaan dengan kadar faedah dari serendah 1.68% juga ditawarkan.

Beralih ke spesifikasi dan, dua-dua varian mengguna enjin 4-silinder turbo petrol yang dipadankan dengan transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan. Selain beza kapasiti dan tahap output, hanya varian 2.0 TGDi dilengkapi pacuan semua roda pintar (XWD).

Selain penggayaan lasak, dua-dua varian dilengkapi pelbagai ciri-ciri mewah dan canggih. Termasuk sekali adalah pakej bantuan pemanduan (ADAS) yang memberi kebolahan panduan separa-autonomi Tahap 2 (Level 2).

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis