Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

JETOUR T1 - HARGA ANGGARAN DARI RM143,800

01 May 2026
JETOUR T1 - HARGA ANGGARAN DARI RM143,800
Jetour Malaysia kini telah membuka tempahan bagi JETOUR T1, dengan harga anggaran dari RM143,800 untuk varian 1.5L TGDi 2WD dan RM153,800 untuk varian 2.0L TGDi XWD.

SUV yang diposisikan sebagai alternatif lebih kompak berbanding model T1 ini dipratontonkan di Penang Autoshow yang berlangsung dari 1-3 Mei 2026.

JETOUR T1 1.5L TDGi 2WD mempunyai enjin 1.5 liter turbo direct injection, dan transmisi dwi-klac 7-kelajuan. Ciri keselamatan merangkumi 6 beg udara SRS, Advanced Driving Assistance System Level 2.

Varian JETOUR T1 2.0L TDGi XWD pula menawarkan enjin 2.0 liter turbo direct injection.

JETOUR T1 juga memperoleh penarafan 5-Bintang di dalam penilaian ASEAN NCAP mengikut protokol 2021–2025.
Klik video di bawah untuk tonton komentar kami dalam episod penuh Tekan Habis
Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis