Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

iCAUR V23 CKD DIUMUMKAN – iWD SAHAJA, HARGA KEKAL

20 Jul 2026
iCAUR V23 CKD DIUMUMKAN – iWD SAHAJA, HARGA KEKAL
1 / 6

Lagi berita dari sebuah lagi sub-jenama bawah naungan Chery Corporate Malaysia, kali ini dari iCaur Malaysia. Awal hari ini, sub-jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) tersebut telah sahkan model EV SUV V23 kini dipasang secara tempatan (CKD).

Secara ringkas, barisan model EV SUV premium bergaya lasak ini kini ditawarkan hanya dalam varian Intelligent-All-Wheel-Drive (iWD) – varian paling tertinggi buat model ini. Menarik sekali, iCaur Malaysia juga sahkan harganya masih kekal sama seperti versi import penuh (CBU) yang dilancarkan dahulu – RM132,780 tanpa insurans.

Versi pacuan dua-roda (2WD) yang ditawarkan sebelum ini telah digugurkan, dan iCaur Malaysia tidak memberi sebarang petunjuk niatnya unutk kembalikan varian ini. Sebagai imbasan memori, varian 2WD tersebut ditawarkan sebelum ini dengan tanda harga RM119,800 tanpa insurans semasa ia dilancarkan bulan November tahun lepas.

Bagi varian iWD yang kini dikeluarkan dari kilang Chery Corporate Malaysia di Shah Alam, Selangor, ia dilengkapi setup dwi-motor yang menghasil 211PS & 292Nm. Ia dikuasai pek bateri jenis NMC 81.76kWj yang menjanji jarak gerak maksima NEDC 430KM, sokongan pengecasan AC 6.6kW dan pengecasan DC pantas 104kW, serta fungsi V2L 3.3kW.

Selain kelengkapan mewah tinggi, iCaur V23 iWD ini juga dilengkapi pakej bantuan pemanduan (ADAS) Tahap 2 di atas ciri-ciri keselamatan asas yang merangkumi 6 beg udara yang meliang kabinnya.

Model versi CKD ini bakal tiba di lantai bilik pameran sah iCaur seluruh negara bermula akhir bulan ini.

 

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis