Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

iCAUR MALAYSIA BUKA PUSAT 3S PERTAMA DI SABAH

04 Aug 2026
iCAUR MALAYSIA BUKA PUSAT 3S PERTAMA DI  SABAH
1 / 9

iCaur Malaysia telah perluaskan lagi rangkaian jenamanya, kali ini di Malaysia Timur. Baru-baru ini, jenama tersebut telah rasmi melancarkan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) pertamanya di negeri Sabah.

Pusat 3S baharu ini terletak di ibukota negeri tersebut – Kota Kinabalu – dan ia dikendalikan salah satu pengedar sahnya iaitu Universal Icar Sdn Bhd.

Dibina di atas keluasan 1,170 meter persegi, pusat 3S ini mampu mempamerkan sehingga empat buah kenderaan di ruang bilik pamerannya. Bahagian ini juga dilengkapi ruang penyerahan kenderaan, ruang istirahat pelanggan dengan wi-fi serta sajian ringan percuma, serta zon permainan interaktif.

Penting sekali, pusat ini juga dilengkapi tiga ruang servis khusus, serta dua ruang pengecasan EV persendirian.

Lebih daripada sebuah pusat jualan konvensional, fasiliti ini direka untuk mencerminkan semangat ’Born to Play’ jenama ini dengan menyediakan ruang yang selesa dan menarik untuk pelanggan mengenali jenama ini, menyelenggara atau mengecas kenderaan mereka.

Pengarah Kanan iCaur Malaysia Francis Chin berkata pembukaan pusat berkenaan merupakan satu lagi langkah penting dalam usaha jenama itu memperkukuhkan rangkaian pengedarannya di seluruh negara.

“Kami berkembang secara pesat tetapi strategik, dengan Sarawak dikenal pasti sebagai destinasi seterusnya bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di Malaysia Timur," tambah Chin lagi.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis