Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

iCAUR 03 2026 CKD KINI RASMI DILANCAR – DARI RM129,880

20 May 2026
iCAUR 03 2026 CKD KINI RASMI DILANCAR – DARI RM129,880
1 / 3

Tawaran EV SUV  iCaur 03 kini dipasang secara tempatan (CKD). Perkara tersebut rasmi diumumkan iCaur Malaysia melalui siaran akhbar yang dikeluarkan awal hari ini, dan tempahan kini buka pada harga RM129,880 tanpa insurans.


Model pertama dari sub-jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) premium bawah naungan Kumpulan Chery ini sekarang dikeluarkan syarikat tersebut melalui kilang CKD milik Chery Corporate Malaysia yang terletak di Shah Alam, Selangor.


Tidak seperti dahulu di mana dua varian ditawarkan, iCaur 03 versi CKD kini tersedia dalam varian iWD sahaja. Varian ini dilengkapi pek bateri LFP 69.8 kWj yang menguasai setup dwi-motor yang menghasil 279PS dan 385Nm secara keseluruhan.


Dari segi prestasi, tiada perubahan dari versi CBU juga – pecutan 0-100KM/J boleh dicapai dalam 6.5 saat, serta kelajuan maksima 150KM/J. Jarak gerak maksima NEDC yang didakawa pula lebih kurang 418KM.


Selain pengecasan AC 7kW dan pengecasan DC pantas 80kW, platform EV iCaur 03 ini juga menyokong fungsi V2L (Vehicle-to-Load) 3.3kW. Kelengkapan utama juga termasuk pakej ADAS Level 2, serta pelbagai ciri-ciri mewah dan canggih.


Akhir sekali, jaminan dan waranti juga tiada perubahan dari versi CBU. Harga termasuk dengan waranti kenderaan asas 7-tahun atau 150,000KM, serta jaminan asing bagi pek bateri, komponen dan unit pacuan EV selama 8-tahun atau 160,000KM.


iCaur Malaysia juga menawarkan gantian bateri EV jika kapasitinya sorot kurang daripada 70% dalam tempoh waranti tersebut.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis