Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

HONDA PRELUDE KINI BUKA UNTUK TEMPAHAN

01 Apr 2026
HONDA PRELUDE KINI BUKA UNTUK TEMPAHAN
Berita baik buat peminat tegar dan bakal pembeli yang telah kian lama menunggu. Honda Malaysia telah rasmi umum awal hari ini tempahan untuk Honda Prelude sudah buka.

Tempahan model sports coupe hybrid ini dibuka lebih awal sebelum pelancarannya yang dijadualkan pada suku kedua 2026. Akan tetapi, harga jualan masih belum diketahui setakat ini.

Model Prelude ini dikuasai nadi 2.0-liter 4-sil e:HEV petrol yang menjana 184PS dan 315Nm (gabungan petrol & elektrik). Ia juga kongsi chassis dan komponen chassis utama bersama model Civic Type R – model prestasi unggul jenama ‘H’ ini.
Antara tarikan unik utama model ini adalah teknologi S+ Shift yang diperkenalkan buat pertama kali dalam barisan Honda Malaysia. Ia berfungsi mensimulasikan penukaran gear, lengkap dengan kawalan bunyi aktif.

Tambahan pula, melalui kempen “Hybrid Done Right” yang Honda Malaysia anjurkan mulai hari ini hingga 30 Jun 2026, pembeli berpeluang menyertai cabutan bertuah bulanan untuk merasai sendiri pengalaman memandu Prelude baharu selama seminggu selepas pelancarannya.

Akhir sekali, kempen tersebut juga menawarkan rebat tunai RM2,000 serta servis buruh percuma selama dua tahun bagi pembelian model e:HEV terpilih selama tempoh kempen ini.
Klik video di bawah untuk tonton komentar kami dalam episod penuh Tekan Habis
Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis