Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

HONDA MALAYSIA UMUM WARANTI 10 TAHUN BAGI MODEL-MODEL HIBRID

05 May 2026
HONDA MALAYSIA UMUM WARANTI 10 TAHUN BAGI MODEL-MODEL HIBRID
1 / 2
Berita baik bagi bakal pembeli dan pemilik model-model Honda bernadi hybrid. Bermula 1 Mei 2026, Honda Malaysia telah lanjutkan jaminan waranti bagi bateri hybrid dan komponen sehingga 10 tahun tanpa had batuan.

Lanjutan ini ditawarkan atas semua model-model sedia yang mengguna trenkuasa hybrid e:HEV terkini jenama tersebut. Ini termasuk City, City Hatchback, HR-V, Civic dan juga CR-V.

Selain pelanggan sedia yang sudah memiliki model-model e:HEV terbaru yang disebut, pemilik model-model bernadi Sport Hybrid i-DCD seperti Jazz, City dan HR-V generasi sebelum ini juga diberi lanjutan ini.

Sebelum ini, waranti dan jaminan bagi kedua-dua sistem hybrid yang disebut hanya sah selama 8 tahun tanpa had batuan.
Klik video di bawah untuk tonton komentar kami dalam episod penuh Tekan Habis
Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis