Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

HONDA MALAYSIA PASANG SISTEM SOLAR DI KILANG MELAKA, LABUR RM14 JUTA

27 Jul 2026
HONDA MALAYSIA PASANG SISTEM SOLAR DI KILANG MELAKA, LABUR RM14 JUTA
1 / 5

Baru-baru ini, Honda Malaysia telah rasmi umumkan satu perkembangan baharu di kilang pemasangan tempatan (CKD) miliknya yang terletak di Alor Gajah, Melaka. Menurut syarikat tersebut, kilang ini sudah ditambah baik sistem tenaga solar baharu.

Projek bernilai RM14 juta ini menjadi antara langkah awal diambil syarikat tersebut ke arah mencapai sasaran neutral karbon menjelang tahun 2050.

Menurut Honda Malaysia, Sistem berkenaan mengguna kira-kira 8,960 panel solar yang dipasang di bumbung kilangnya tersebut, dan ia mempunya kebolehan untuk menjana lebih daripada 5.6 megawatt (MW).

Selain sistem solar photovoltaic (PV), Honda Malaysia turut memasang Battery Energy Storage System (BESS) untuk menyimpan lebihan tenaga solar yang boleh digunakan apabila diperlukan.

Setiap tahun, sistem ini dijangka menghasil sekitar 7,042 megawatt-jam (MWj) tenaga boleh diperbaharui, dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO₂) sebanyak 4,584 tan setahun – hampir 10% daripada keseluruhan pelepasan CO kilang tersebut.

Melalui perkembangan sama ini, Honda Malaysia juga turut mengumumkan ia sistem solar ini berjaya memperoleh pensijilan Climate and Sustainability Industry Readiness Index (COSIRI) dengan penarafan 3.07 bintang.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki juga mengesahkan inisiatif tenaga solar ini akan juga diperluaskan ke gudang alat ganti Honda Malaysia yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam pada tahun 2027.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis