Hyundai Motor Malaysia (HMY) baharu sahaja rasmikan sebuah pusat 1S Hyundai baharu di Ipoh, ibu negeri Perak, baru-baru ini. Cawangan terbaru dalam rangkaiannya ini dikendalikan pengedar rasmi BHS Auto Hyundai Sdn Bhd.
Pusat 1S ini terletak di No. 45, Hala Pusat Perdagangan Canning 1, Pusat Perdagangan Canning II, 30350 Ipoh, Perak. Ia beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang. Semasa upacara perasmian pusat ini, Presiden HMY, Eric Lee berkata, Ipoh kekal sebagai antara pasaran penting bagi jenama Korea tersebut.
Lee juga menekan pembukaan bilik pameran baharu tersebut mencerminkan sebahagian daripada strategi HMY mengembangkan rangkaian jualannya secara mampan di seluruh negara – sejumlah 25 cawangan disasar beroperasi menjelang akhir 2026.
Tambah Lee lagi, kerjasama antara HMY dan BHS Auto dijangka terus berkembang dengan pembukaan lebih banyak pusat jualan pada masa akan datang. Termasuk sekali juga adalah rancangan untuk mendirikan sebuah pusat 2S yang sasar mula beroperasi sekitar lewat tahun ini.





