Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

HARGA RASMI BMW F450 GS DIMUMKAN – RM39,900*

22 Jun 2026
HARGA RASMI BMW F450 GS DIMUMKAN – RM39,900*
1 / 6

BMW Motorrad Malaysia (BMW Group Malaysia) telah umumkan harga rasmi bagi 2026 BMW F450 GS Trophy yang telah dibuka untuk tempahan awal bulan ini.

Harga asas tawaran jenis ‘adventure touring’ premium permulaan ini adalah RM39,900 tanpa insurans. Termasuk dalam angka itu adalah jaminan waranti serta bantuan tepi jalan rasmi BMW Motorrad selama 3-tahun bagi kedua-duanya.

Untuk segarkan memori, model F450 GS ini dikira sebagai pengganti bagi model G310 GS yang ditawarkan sebelum ini. Pengganti ini tampil dengan nadi dwi-silinder 420cc baharu yang menjana 48HP & 48Nm, dan berat sedia tunggang rendah dari 178KG.

Penting sekali, walaupun berstatus tawaran permulaan (entry level), model ini juga penuh kelengkapan premium dari Jenama terkemuka Jerman ini.

Ciri-ciri menarik termasuk BMW Easy Ride Clutch (ERC), Shift Assistant Pro, ABS Pro, DBC, MSR, Dynamic Traction Control (DTC), panel meter digital TFT 6.5-inci, soket pengecas USB-C, serta sistem pelbagai mod tunggangan.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis