Berita baik bagi pemilik dan pengguna kenderaan diesel. Kerajaan Malaysia telah memutuskan harga runcit minyak diesel bersubsidi akan turun ke RM2.10 seliter mulai bulan depan (Julai 2026).
Harga baharu tersebut akan berkuat kuasa di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Langkah ini dilaporkan bertujuan untuk memastikan semua rakyat, termasuk yang di Sabah dan Sarawak, dapat menikmati manfaat yang sama.
Dengan itu, kerajaan telah pun perkenalkan kuota tambahan 100 liter diesel bersubsidi kepada kategori pengguna tertentu menerusi mekanisme BUDI MADANI, selain kuota asas 200 liter sebulan pada harga RM2.10 seliter. Sama seperti BUDI95, pengguna hanya perlu menggunakan MyKad bagi menikmati harga diesel bersubsidi.
Berdasarkan pengiraan kerajaan, kuota 300 liter diesel bersubsidi sebulan mampu menampung perjalanan sehingga 172 kilometer sehari. Anggaran itu dibuat berdasarkan andaian 22 hari bekerja sebulan dan penggunaan bahan api sekitar tujuh hingga sembilan liter bagi setiap 100 kilometer.
pemilik kenderaan yang layak boleh mengemukakan permohonan kuota tambahan diesel bersubsidi menerusi portal BUDI MADANI di www.budimadani.gov.my, dengan permohonan dibuka mulai hari ini.



