Harga rasmi bagi 2026 Proton X70 Sport Edition yang kami laporkan kelmarin telah didedahkan awal hari ini.
Versi edisi khas terhad ini ditawarkan pada RM115,300 tanpa insurans. Angka ini termasuk rebat berterusan Proton untuk model X70 yang didaftar sebelum 30 April 2026.
Bagi yang berminat, anda perlu cepat kerana Proton hanya menawarkan 600 unit sahaja.
