Pelumba negara Hakim Danish telah berjaya mencekup podium pertamanya semalam dalam pusingan terbaru kejuaraan dunia Moto3 di Mugello, Itali.
Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi tersebut menamatkan penantian untuk menaiki podium pada musim sulungnya dalam kejohanan motosikal berprestij itu.Semangat juang Hakim memang nyata walaupun ditimpa cabaran besar selepas kemalangan high-side ngeri pada awal sesi latihan hari Jumaat. Dia kemudian berjaya mencapai petak kedua di barisan hadapan dalam sesi kelayakan pada hari Sabtu.Bagi perlumbaan akhir semalam, Hakim juga terlibat dalam tarungan sengit di barisan hadapan bersama beberapa pelumba terkemuka lain.
Akhirnya, dia berjaya sambar ke posisi ketiga apabila bendera penamat dikibarkan.“Saya sangat gembira dengan podium pertama saya tahun ini, tambahan pula ini adalah tahun pertama saya dalam kelas Moto3. Ini adalah impian saya dan akhirnya ia menjadi kenyataan,” kata Hakim Danish sejurus tamat perlumbaan.Sebagai ingatan, Hakim adalah anak murid bawah didikan Zulfahmi Khairuddin melalui ZK Racing. Sebelum ini, Hakim telahpun berjaya sebagai juara MiniGP nasional serta juara siri pelapis peringkat rantau Asia Talent Cup.
(Sumber imej: MotoGP.com)


