Selepas dipratonton di Penang Autoshow 2026 awal bulan ini, GWM Tank 300 HEV telahpun rasmi dilancarkan awal hari ini juga.
Tawaran SUV 4x4 versi hibrid ini berharga RM259,800 tanpa insurans.
Termasuk sekali dalam harga tersebut adalah:
- Jaminan kenderaan dan sistem HEV 6-tahun tanpa had batuan
- Jaminan bateri HEV 8-tahun atau 180,00KM- Jamininan enjin dan transmisi seumur hidup (bagi pemilik pertama sahaja)
- Pakej servis percuma 5-tahun
- Perkhidmatan telematik percuma 5-tahun
Versi hibrid ini menggabungkan enjin 2.0-liter 4-silinder turbo petrol bersama motor elektrik dan pek bateri 1.67kWj jenis ternary lithium. Gabungan kedua-dua sistem itu menghasil output 255kW (346PS) dan 648Nm.
Seperti versi bukan hibrid yang ditawarkan GWM Malaysia sebelum ini, Tank 300 HEV ini masih dilengkapi ciri-ciri panduan off-road seperti gear julat rendah 4L, mod panduan pelbagai permukaan, Tank Turn Assist, Crawl Control, serta Hill Descent Control.
Selain itu, versi hibrid ini juga masih dilengkapi kabin premium dan canggih, serta pakej bantuan pemanduan (ADAS) Tahap 2.

