Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

GWM MALAYSIA UMUM BARISAN KEPIMPINAN BAHARU

10 Jun 2026
GWM MALAYSIA UMUM BARISAN KEPIMPINAN BAHARU
1 / 4

GWM Malaysia telah mengumum beberapa pelantikan strategik baharu dalam barisan kepimpinannya.

Syarikat berkata ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha bagi memperkukuhkan komitmen jangka panjangnya dalam terhadap pasaran Malaysia, termasuk pengembangan perniagaan, program penyetempatan serta pembangunan sektor pembuatan tempatan.

Antara pelantikan  baru yang diumumkan ialah Stan Li Hao sebagai Pengarah Urusan Operasi Komersial, dan Cui Anqi sebagai Pengarah Urusan Hal Ehwal Korporat. Struktur kepimpinan baharu itu turut disokong oleh Roslan Abdullah yang terus bertugas sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).
Stan Li Hao membawa lebih 12 tahun pengalaman dalam industri automotif di rantau ASEAN, khususnya dalam pembangunan pasaran serantau, strategi pertumbuhan dan pengembangan jenama.

Cui Anqi pula telah terlibat dengan GWM Malaysia sejak peringkat awal penubuhannya dan memainkan peranan penting dalam usaha penyetempatan, pembangunan pembuatan serta pertumbuhan operasi syarikat di Malaysia.

Pengumuman ini turut menarik perhatian kerana syarikat tersebut secara jelas menyuarakan komitmennya terhadap pertumbuhan sektor pembuatan tempatan sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang syarikat di negara ini.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis