Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

GWM MALAYSIA & TNG JALIN KERJASAMA, DEMONSTRASIKAN TEKNOLOGI ‘TITAN FLOW’

24 Jul 2026
GWM MALAYSIA & TNG JALIN KERJASAMA, DEMONSTRASIKAN TEKNOLOGI ‘TITAN FLOW’
1 / 3

Baru-baru ini, GWM Malaysia telah rasmi umumkan ia telah mula menjalin kerjasama dengan syarikat teknologi mobiliti dan kewangan tempatan Touch ‘n Go (TnG) dalam usaha memperkukuhkan pengalaman mobiliti pintar.

Menerusi sebuah demonstrasi khas Titan Flow Technology yang dibangunkan TnG, dua-dua pihak memperlihatkan bagaimana teknologi digital dapat meningkatkan pengalaman pemanduan harian.

Semasa demonstrasi tersebut, TnG bertindak sebagai rakan mobiliti bagi sesi pandu uji media yang berlangsung di lorong RFID Enhanced di Plaza Tol Dato Keramat, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

Untuk menjayakan demonstrasi berkenaan, GWM Malaysia telah sediakan pelbagai model kenderaan daripada barisan modelnya yang merangkumi beberapa kategori dan pilihan tren kuasa.

Peserta demonstrasi ini dapat peluang mengalami kecekapan solusi mobiliti Titan Flow ini yang menggabungkan teknologi kenderaan dengan infrastruktur digital.

Menurut Pengarah Urusan Hal Ehwal Korporat GWM Malaysia, Cui Anqi, kerjasama antara pengeluar kenderaan dan penyedia teknologi seperti TnG mampu menghasilkan inovasi praktikal yang boleh beri manfaat tambahan pada pemilik kenderaan.

“GWM Malaysia akan terus menyokong inisiatif yang membawa manfaat sebenar kepada pengguna serta mempertingkatkan pengalaman pemilikan kenderaan,” katanya lagi.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis