Syarikat e-hailing Grab telah memperkenalkan satu ciri baharu melalui aplikasi mudah alihnya. Kini, pengguna diberi pilihan ‘Group Ride’ baharu. Ciri baharu ini telahpun dirasmikan bersama Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke.
Ciri baharu ini membolehkan beberapa penumpang yang mempunyai laluan perjalanan yang sama untuk berkongsi satu kenderaan. Melalui fungsi ini, penumpang boleh mengurangkan lagi kos dan, pada masa yang sama, ia juga mampu mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya.
Bagi pengguna, Grab mendakwa fungsi baharu ini mampu memberi penjimatan kos sehingga 40% berbanding tempahan secara individu. Ciri ni juga mengguna pengoptimuman yang dipacu AI (Artificial Intelligence), serta penyelerasan masa nyata melalui fungsi “Bilik Menunggu” (Waiting Room). ‘Group Ride’ juga menyokong pelbagai konfigurasi perjalanan, termasuk beberapa titik pengambilan penumpang menuju satu destinasi, atau satu titik pengambilan penumpang menuju beberapa destinasi penurunan.Seperti Group Order di GrabFood, hos boleh memilih untuk membayar jumlah keseluruhan perjalanan atau berkongsi tambang antara penumpang.


