GIVI melancarkan tiga helmet baru: M33.1 ARIA NEO JET, M35.1 SCUDO II JET, dan 52.0 FULL FACE di Malaysia Bike Show 2026, sempena sesi media acara itu pagi ini.
Ketiga-tiga model ini hadir sebagai sebahagian daripada pendekatan GIVI yang digelaHead Protection System / HPS —
menggabungkan keselamatan berteknologi tinggi, keselesaan, reka bentuk moden, dan fungsi praktikal.
Menurut GIVI, model 52.0 telah melalui homologasi keselamatan ECE R22.06 (Full-face P) — pensijilan paling komprehensif dalam kategori topi keledar muka penuh (Full Face).
Pada masa yang sama, rekaan dwi-visor anti calar yang diserasikan Pinlock® adalah ciri-ciri menarik bagi mereka yang mementingkan visual penunggangan yang jelas.
Harga pelancaran bagi Koleksi Topi Keledar Baharu GIVI:
1. M33.1 ARIA NEO — RM195.00
2. M35.1 SCUDO II — RM370.00 (Warna Solid) dan RM420.00 (Grafik)
3. 52.0 Full Face Helmet — RM350.00 (Warna Solid) dan RM400.00 (Grafik)


