Geely masih giat membangunkan Automotive High Tech Valley (AHTV) Tanjung Malim bersama DRB Hicom sebagai hab kenderaan tenaga baharu di Asia Tenggara.
Menurut Victor Yang, Naib Presiden Kanan Kumpulan Geely, kumpulan itu berhasrat menjual 500,000 kenderaan dan 1 juta komponen kenderaan di rantau ASEAN dalam masa 10 tahun.
Geely telah menggariskan pemetaan teknologi di masa hadapan termasuk teknologi Methanol, di acara bersama media global di Beijing sempena Auto China 2026.

