Seperti kami jangkakan, tarungan dalam pasaran B-SUV tempatan akan menjadi lebih sengit tahun ini. Minggu ini, salah satu tawaran dalam segmen ini telah dikemaskini.GAC Emzoom GS3 versi model tahun 2026 kini tampil dengan barisan varian yang diperkemas dimana varian ‘Standard’ telah digugurkan. Model ini kini tersedia dalam varian ‘Exclusive’ dan ‘Premium R’ sahaja.
Selain itu, varian Premium R juga menerima rekaan grille hadapan baharu, manakala semua varian juga kini tersedia degan beberapa tambahan pilihan warna eksterior baharu termasuk skema dwi-tona bagi varian Premium R.
Tiada perubahan mekanikal atau spesifikasi kali boleh lapor. Semua varian GS3 Emzoom kekal kongsi nadi 1.5-liter 4-silinder turbo petrol yang menghasil 177PS & 270Nm untuk memacu roda hadapan (FWD) melalui transmisi 7-nisbah DCT automatik.
Semua varian juga kekal dengan pakej ADAS Level 2, tetapi hanya varian Premium R sahaja lengkap degan fungsi parkir autonomi (Full Automatic Parking Assist – FAPA).
Akhir sekali, tiada perubahan dari segi harga rasmi – RM116,800 (Exclusive) dan RM128,800 (Premium R). Harga termasuk jaminan waranti 5-tahun atau 150,000KM.
Sempena pelancaran versi kemaskini ini, pengedar rasmi WTC Automotif (WTCA) akan memberi rebat sehingga RM18,500, tetapi hanya untuk pelaggan terawal dan untuk tempoh terhad.



