Barisan trak pikap Foton Tunland V7 dan V9 telah dilancarkan awal minggu ini dengan harga yang nampaknya membawakan satu saingan yang kacak ke dalam segmen yang buat masa ini dibelenggu oleh harga diesel yang melambung tinggi.
Kami sempat pratonton dua-dua model tersebut minggu lepas semasa MCVE 2026. Pendek cerita, barisan trak pikap ini bakal menarik pembeli dan pengguna kenderaan jenis ini melalui kelengkapan penuh mewah, canggih dan praktikal serta penggayaan ala trak buatan Amerika, terutamanya melalui model Tunland V9.
Dengan harga bermula RM123,800 dan rebat khas RM2000 serta servis percuma selama 2 tahun (bagi 888 pembeli terawal), trak datang dengan pacuan 2.0 turbo Diesel Hybrid (MHEV) menawarkan penjimatan bahan api yang lebih baik, serta tahap keselamatan ADAS 2+ serta kebolehan menunda 3.5 tan dan muatan 1 tan.
Menurut pengedar rasmi bagi jenama Foton Tunland iatu Handal BCM, trak ini mempunyai jarak gerak mencapai 950KM dengan tangki sebesar 76 liter pada kadar penggunaan bahan api sekitar 8 hingga 10 liter/km.






