Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

FOTON AUMARK S EURO 5 AMT RASMI DILANCAR – DARI RM128,800

14 May 2026
FOTON AUMARK S EURO 5 AMT RASMI DILANCAR – DARI RM128,800
1 / 5

Semasa Hari Media & Peniaga bagi Malaysia Commercial Vehicle Expo 2026 (MCVE 2026) awal hari ini di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), trak tugas ringan (light duty truck) 2026 Foton Aumark S Euro 5 AMT baharu rasmi dilancarkan.

Turut hadir untuk melancarkan tawaran ini bersama pengedar rasminya iatu Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM) – anak syarikat kumpulan Tan Chong Motor melalui Warisan TC Holdings Bhd – adalah Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke.Menarik sekali, tawaran ini yang juga dipasang secara tempatan (CKD) berdiri sebagai trak tugas ringan jenama China pertama dalam pasaran tempatan yang dilengkapi transmisi 6-kejauan jenis Automated Manual Transmission (AMT) buatan ZF.

Transmisi tersebut dipadankan dengan nadi Cummins ISG 3.8-liter 4-silinder turbo-diesel yang menepati piawaian Euro 5. Ia juga menghasil 154PS dan 500Nm untuk memacu roda belakangnya. Harga asasnya pula bermula dari RM128,800.

Penggunaan transmisi AMT bukanlah pekara baharu di alam kenderaan komersial, tetapi tawaran jenama Foton ini sekarang terdiri sebagai pilihan paling mampu-milik yang dilengkapi teknologi tersebut dalam segmennya.Selain mengurangkan kepenatan (fatigue) pemandu, transmisi AMT ini menjanji kecekapan bahan api yang lebih tinggi, pengurangan masa henti operasi, serta pengurangan kos penyelengaraan dan operasi keseluruhan.

Tambah lagi, ATM juga menekankan transmisi ini mampu meningkatkan tahap keselamatan pemandu secara tidak langsung. Syarikat tersebut juga menyata transmisi ini mampu membantu menarik lagi ramai calon pemandu termasuk wanita.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis