Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

EPMB PEROLEH TANAH 18 EKAR DI MELAKA, PERLUAS OPERASI CKD

01 Apr 2026
EPMB PEROLEH TANAH 18 EKAR DI MELAKA, PERLUAS OPERASI CKD
Satu perkembangan menarik oleh EP Manufacturing Bhd (EPMB) telah dilaporkan baru-baru ini. Menurut The Edge Malaysia, syarikat tersebut sedang memperoleh tanah perindustrian sebesar 18.75 ekar di Alor Gajah, Melaka degan harga RM35.12 juta (RM43 kaki persegi).

Laporan yang sama juga menyatakan perolehan hartanah ini akan dibiayai melalui penjanaan dana dalaman syarikat tersebut, dan juga pinjaman bank.

Tambahan pula, perkembangan ini adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang EPMB bertuju untuk mengembangkan operasi pemasangan kenderaan (CKD) dan pembinaan komponen oleh syarikat tersebut.

Rancangan tersebut termasuk pembinaan tempat penyimpanan stok berpusat (centralised stockyard) untuk kenderaan siap dan pergudangan tambahan untuk alat ganti kandungan tempatan (local content parts).

Semua ini bakal membolehkan EPMB memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada rakan kongsi OEM sambil meningkatkan lagi kecekapan logistik syarikat tersebut.
Klik video di bawah untuk tonton komentar kami dalam episod penuh Tekan Habis
Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis